Pendapatan Sabah | Semakan segera agensi, GLC yang merugikan kerajaan

2022-07-04 0

Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semakan segera terhadap perjanjian dan kontrak membabitkan semua agensi kerajaan dan GLC yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang serta merugikan kerajaan.

Malah Ketua Menteri Sabah itu turut mahu para pegawai yang ditugaskan untuk memeterai perjanjian dan kontrak agar mengambil kira kepentingan negeri.